Pages

Feb 8, 2011

Everyday Routine

Lately, saya susah sangat nak lena tido. Tak tahu kenapa, bangun je pagi lenguh-lenguh badan. Hais. Eh tapi yang tu bukan entry sebenarnya. hehehehe. Okay! Hari ni saya saje je nak share apa benda yang saya buat dekat rumah seharian.

pukul 6 lebih saya akan bangun solat subuh. Alhamdulillah. hehe ^_^
pastu sambung tido kejap. tehehe. (camane rezeki nak masuk tidur lepas subuh)
pukul 7 lebih pulak saya akan bangun. Kemas tilam. tak de katil ye kawan-kawan. sbb saya bujang lagi. katil nanti-nanti kite fikirkan. Saya memang akan kemaskan tilam before pergi office sebab saya tensen bila kita penat-penat balik keje. tengok bilik bersepah plak. Oh tidak! at least saya akan lipat selimut. =)
mandi-manda, bersiap tengok cermin. (perlu la cakap) tehehe.
8.10 bergegas ke kereta, check kereta bersih ke tak. (macam la dah lame tak masuk kereta) masuk kereta karaoke dalam kereta jap. hehe. sementara nak sampai office tu saya akan bukak radio Era.fm sebab pagi-pagi ade Riuh pagi Era. Lawok-lawok.
8.30 - 5.30 office hooooouuuuurrrrr ^___^
5.45 - masuk kereta balik. Petang saya akan bukak CD sbb lagu saya burn lagi best dari dengar radio. ;p
6.15 - Sampai rumah. Waktu ni saya akan fikirkan apa yang saya nak buat. Contoh; kemas rumah (sapu lantai, mop bilik, cuci bilik air) atau saya akan turun jogging =) actually, saya akan buat something untuk berpeluh. at least beriadah lah konon-kononnya. hehe. Paling tak pun saya cek baju dalam almari, tersusun rapi ke tak. Klau tak rapi. Lipat baju elok-elok sikit.
7 mlm - 10 mlm waktu untuk saya tengok Tv. hehe. lame tak? lame tak? eleyh.ok la tu setelah penat kerja. (macam la aku banyak kerja sangat) ;p
10 mlm - iron baju untuk esok ke kerja.

Biasanya macam ni rutin seharian saya. Bosan kan? eh tak. hidup orang bujang memang macam ni. hahah ;p
I wonder macam mana la hidup saya lepas kawen? kena iron baju suami kah? prepare dinner kah? Alamakkkk. takot lah pulakkk nak kawen ni. >.<

Actually. dalam satu hari, benda yang saya selalu fikir tentang rumah saya ialah kebersihan. saya takde lah nak cakap saya pembersih gilerr tapi I am not that bad lah. Saya ada almari kasut yang memang saya akan keluarkan satu-satu kasut mana nak pakai harini. Then klau yang saya tak pakai, saya akan put it back dalam almari tu.
saya tak suka toilet kotor, saya tak suka wayar berserabut (seriusly saya tak suka) klau wayar laptop. saya akan gulung sekecil gulungan yang mungkin. ;p dan saya tak suka ada rambut berguguran. hahah. saya mempunyai rambut yang panjang. so, kadang-kadang sehari 2 kali kena kutip rambut-rambut keguguran ku itu. lol.

saya rasa ini sebabnya lama kat Uniten dulu saya banyak terpengaruh tengok orang bilik kemas, cantik, barang-barang tersusun rapi. Saya suka! Saya nak share picture bilik dekat uniten dulu. Tapi tak tau letak dekat mane. T_T ada sikit je.

Siap menang rumah tercantik ni ^_^

Rumah Ilmu

Masuk bilik siap ade direction ;p
 p/s; nanti saya akan cari gambar-gambar yang lain

3 comments:

Ogy said...

wahhh ceriaaa....bilik...
mama pun pembersih orgnyaa...
nak nak bilik air..kadang2 hari2 duk sental bilik air....adusss...teruk tul

~ NANA ~ said...

mimi mmg pandai menghias...hehe

Cik Puan Mimi said...

mama; tula..seronok gak kadang2 ni sental bilik air.memberi kepuasan.hehehe

nana; ala.menghias biasa2 je nana.

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com